Assalammualaikum whb dan selamat sejahtera kepada pengunjung blog.
Alhamdulillah, syukur saya kepada Ilahi dengan limpah kurnia dan keberkatannya dapatlah juga saya menyiapkan tugasan dalam mencipta blog untuk Generik Kemahiran Belajar yang diberikan oleh pensyarah. Tugasan yang diterima oleh saya juga mendapat bimbingan pensyarah saya iaitu Dr.Haji Kamaruddin Bin Abu Hassan. Beliau banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada saya dalam mencipta blog. http://kamarudin37.blogspot.com/ Tambahan pula blog beliau juga sering menjadi rujukan untuk saya dalam mencipta blog yang lebih bagus dan menarik.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini.. Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada ibubapa saya serta pihak yang terlibat dalam memberi idea dan pendapat semasa mencipta blog ini.
Semoga ilmu yang baik ini dapat saya manfaatkan untuk menjadi guru yang berguna apabila saya ditempatkan di sekolah nanti. Orang
yang memiliki ilmulah yang dapat melakukan kebajikan dalam hidup, disebabkan
kefahamnnya terhadap agama dan kebaikan.
حدثناعلي بن حجر اخبرنا اسماعيل بن جعفر اخبرني عبد الله بن سعيد بن
هند عن ابيه عن ابن عباس ان رسول لله صلى
الله عليه وسلم قال من يردالله به خير
يفقهه فيدين [7]
Ertinya:
Ali ibnu Hujr menceritakan kepada kami, Ismail bin Ja’far memberitahukan kami,
Abdullah bin Said bin Abi Hindun menceritakan kepada kami dari ayahnya dari
ibnu Abbas bahwa Rasulullah saw.
Bersabda: Barang siapa dikehendaki
oleh Allah kebaikan padanya, maka Allah memberikan kefahaman (ilmu) dalam soal
agama (Hadis Hasan)
Akhir kata, segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri. Wassalam.
No comments:
Post a Comment